Thursday, July 21, 2011

Dalam sujud sembahku padaMu,
Lisanku tidak henti-henti bertasbih memuji asmaMu.
Sajadah cinta menjadi saksi,
Seorang hamba sedang bersama Penciptanya.
Sambil deraian air mata tidak henti mengalir.
Qalbi kecilku bermonolog sepi.
Ah,lemahnya aku dalam menghadapi ujianMu yang kecil ini.
Ya Allah,ya Rabbi,ya Khaliq.
Bantulah aku dalam setiap hembusan nafasku.
Usai itu,
Lembaran cintaMu ku gapai,
Surah AnNajm bakal ku khatamkan.
Dengan penuh rasa rendah kehinaan,
Ku alunkan ayat-ayat suciMu~
Sayup-sayup aku rasakan ketenanganMu menerjah masuk ke qalbi.
Subhanallah! indahnya ayat-ayat cintaMu~
Lewat ayat ke-43,lidahku kelu.
Astaghfirullah~
Ya Rabbi,adakah Engkau sedang menegur kekecewaanku ini? 
Astaghfirullah astaghfirullah.
[43;AlNajm-Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan seseorang itu tertawa dan menangis]
Aku lupa itu~
Aku lupa.
Ah,lalainya aku!
Lalainya aku daripada mengingati janjiMu yang abadi itu!
Amira!
Dia mengizinkan hatimu untuk luluh,
Dia juga mengizinkanmu untuk berasa kecewa.
Lalu,mengapa kau masih merasakan semua ini suatu keberatan bagimu? 
Sedangkan kau hanyalah seorang hamba!
Seorang hamba yang sememangnya layak diuji!
Sewenang-wenangnya ingin kau katakan kau beriman tanpa sedikit pun diuji?
Ah,bangkit Amira!bangkit!
Pohon bantuan dariNya.
Bukan dari hamba lemah yang setaraf denganmu!
Carilah penawar kekecewaanmu dengan mencariNya.
Dengan mengingatiNya!
Kerana hanya dengan mengingatiNya,hatimu akan menjadi tenang.
Ayuh,bangkit Amira!
Bangkit!
Innallahhama'na!

SMILEE,CHEERS.

im tired and I QUIT.



Allah~
Allah~
Allah~
Allah~
Allah~
Cuma namaMu yang ingin aku tasbihkan~
Cuma cintaMu yang ingin aku agungkan~
Cuma kasihMu yang ingin aku dambakan~
Aku mohon ya Allah~
Aku mohon dengan serendah-rendah penghinaan aku sebagai hambaMu,
Tenangkanlah qalbi ini ya Allah~

Sesungguhnya hanya dengan mengingatiMu,
Hati ini akan menjadi tenang.
Allah~
Rasulullah~
Aku ingin pergi.
Aku ingin lari.
Aku ingin lenyap.
Bawa aku,ya Rasulullah~
Aku ingin pergi,pergi dari dunia fatamorgana ini.
Aku cuma ingin bersamamu,
Meski aku tahu aku tidak layak duhai Kekasih Ilahi.

Ah,hatiku hancur.
Hatiku luluh.
Bergetar badanku ini ya Allah.
Ah,lemahnya aku yang bergelar hamba!
Kerdil sekali aku ya Allah.
Hina sekali aku ya Rabbi.
Hanya kepadaMu ingin aku curahkan segala-galanya~
Dan cukuplah Kau sebagai pelindungku,ya Rabbi.

-dear qalbi,don't cry pleasee don't cry.i know you already tried your hardest.He's with you,He's with you,insyaAllah amiraaa.

.COMELNYE BILAA PERASAAN MANUSIA JADI MAINAN ORANG.

Tuesday, July 19, 2011

Special For;

-Fahri-
mabruuk alaik 'ala kulli hal~semoga kamu layak meski kamu memang layak,dan semoga kamu kuat.
insyaAllah,kamu sentiasa mendapat tempat dalam alunan doaku~
dan semoga semua ini tidak akan pernah mampu tersurat dari aktifitasku.

Friday, July 15, 2011

Tsk tsk :(

Have you ever feel that feeling,when you're trying to become a better Muslim.
And there will always,always.someone who will start to hate you,staying apart from you.
Just because they think you're acting like you're good.
You're acting like you're better than them?
But the fact is,you was hurted.
Ya Allah T_T
Kadang tu,rase macam nk quite je dari semua ni.
Nk quite dari mujahadah ni.
It never was easy,but i know Allah.
I know You're there T_T
But really,seeing someone who's once been friends with you, now trying to get further from you.
Is killing me,is trying to break me to pieces.
Salah ke sy cuba untuk berubah?
Dan salah ke dalam perubahan ni,sy cuba untuk bawak awk semua sekali?
Sy cuma nk tgk awk semua berubah T__T
Termasuk sy.
Sy benci tengok awk semua bergelimpangan dalam maksiat gini,
Dan sy plk takdok kuasa nk cegah mende ni.
So,salahkah sy cuba untuk menegur awak semua dalam keadaan umum?
Sy syg awk sume,sbb awk semua saudara seislam sy.
Sy syg Islam,sy syg Rasulullah.
Dan sy x sanggup tgk awk senang2 je jatuhkan Islam yg selama ni susoh payoh Rasulullah tegakkan.
Tapi,bakpe awk sume dok pernoh pun nok faham?
Perlu ke awk pulaukan sy gini?
Perlu ke awk wak sy gini?
T___T

Hrmmmmmmm,k.shooo down.

Monday, July 11, 2011

Monolog~

Terima kasih kamuu~
Kerana membawa aku dekat padaNya :)

Terima kasih kamuu~
Kerana kamu,air mata ini mampu mengalirkan air mata keinsafan :)

Terima kasih kamuu~
Kerana tidak mengerti,dan tidak akan pernah mengerti :)

Sekali lagi,terima kasih kamuu~
Kerana sentiasa mengingatkan aku padaNya :)