Thursday, June 30, 2011

Rabiatul Adawiyah. 
-Sang Perindu Cinta Abadi-

Thursday, June 23, 2011

Warkah Buat Ikhwan & Akhowat~

Akhowat,
Jangan berkecil hati;

Saat ada ikhwan yang berani mempersoalkan tingkahmu menjaga diri.
Jangan berkecil hati,
Andai perilakumu yang menjaga diri ditafsir menyombong,menjual mahal.
Biarlah dan diamkahlah.
Jangan kau terasa hati,
Lantas memurahkan diri~

Jangan hawa.
Jangan begitu mudah berpaling.
Jangan begitu mudah berubah arah.

Ikhwan, 

Asif bila kami bukan jenis yang happy go lucky.
Asif bila kami bukan jenis yang bubbly.
Asif juga bila kami jenis yang pendiam.
Membosankan bila diajak bicara.
Tidak up-to-date dipandangan mata.
Tidak mempersona. 

Dengan cara dan gaya.

Asif.
Bila itu menjengkelkan kamu.
Bila itu bukan pilihan kami.
Bila kami memilih untuk menjauh.
Bila kami memilih untuk menjarak.
Bukan kerana kami menyombong.
Tapi kerana kami takut,
Menjadi fitnah buat kamu,

Tanpa kami sedari.
Dan kerana kami bimbang,
Menjadi pelemah iman kaum kamu tanpa kami sedari.
 

Ikhwan,
Andai kamu tahu betapa bukan mudah bagi kami;

Membentengi diri,
Membina tembok melindungi hati.
Jangan tersalah tafsir tingkah kami. 

Sungguh menjadi fitnah buat kaum kamu adalah ketakutan dan kebimbangan yang selalu mengekori kami.

Tolong,
Jangan ganggu hati kami.
Jangan ganggu cinta kami buatNya.

Monday, June 20, 2011

#Part 2; Kerana Aku Sayangkan Kamu KeranaNya

My dear ukhti,
Doaku panjatkan sudah;
Agar terbuka hatimu untuk membaca warkahku.
Selebihnya,aku serahkan padaNya.

Dan buat kali ini,
Izinkan aku untuk mencoret lagi warkah buatmu.
Doakan aku agar tidak jemu mengajakmu 'kembali'.

Sayangku,
Kau permata adDiin.
Kau bakal penegak panjiNya suatu saat nanti.
Oleh itu, aku mohon padamu.
Jagalah kesucian hatimu.
Jangan biar ia dicemari cinta ajnabi.


Sahabat fillahku,
Aku tahu engkau kuat.
Aku tahu engkau punya seribu kunci azimat untuk membuka pintu hidayat.
Namun, kunci itu tidak akan berguna;
Andai kau tidak menyimpannya.
Andai kau membiarkannya bertaburan usai kau berpenat lelah mengutipnya.


Temanku,
Yakinlah dengan cintaNya.
Perjelaskan di hatimu,
Dia itu dekat.
Dia itu hampir.
Dan bahkan Dia lebih hampir dari pembuluh darahmu.
Masihkah belum dapat kau rasakan itu?
Getarnya tatkala Seseorang yang sangat mencintaimu dekat denganmu.


Sayangku,
Cinta Dia sudah terlalu memadai buatmu.
Dan juga buatku.
Sudah terlalu memadai untuk membuat kau berasa cukup.
Kau tak perlukan cinta dari lelaki asing.
Kau tak perlukan perhatian dari lelaki yang belum tentu halal bagimu.
Kerana kau harus sedar;
Aku dan Dia, dan mereka; sahabatmu,
Akan selalu ada untuk mencurahkan kasih buatmu.


Ukhtiku,
Kau harus ingat.
Selangkah engkau mendekatinya, selangkah engkau menjauhiNya.
Masih belum sedarkah engkau,sayangku?
Jangan.
Jangan biarkan dia menjarakkan engkau dengan Penciptamu.
Sucikan hatimu dengan wudhuk,
Bawa ia kembali menghadap Rabbnya.

Sakit kau mencintainya itu sebenarnya adalah kesakitan imanmu yang sedang meninggalkanNya.
Sedarlah sayangku, hatimu itu perlukan Penciptanya.


-Warkah ini juga buat diri aku, yang ketandusan.
Aku ingin kamu, bersamaku dalam mujahadah ini.

Saturday, June 18, 2011

Kerana Aku Sayangkan Kamu KeranaNya~

Dear sodiki,
Kerana aku sayangkan kamu.
Izinkan aku untuk mencoret sebuah warkah untukmu~

Kerana aku sayangkan kamu,
Aku mohon padamu;
Jagalah ikhtilatmu dengan ajnabi.
Ini bukan cuma permohonanku, namun ini satu perintah dariNya.

Sayangku,
Kau permata yang tinggi nilainya jika kau menjaga maruahmu.
Ya, kau nisa' yang cuba meraih cintaNya.
Namun, dalam cubaanmu untuk menggapai cintaNya itu, 
Kau lupa, kau leka tentang satu perkara;
Kau lupa untuk merapikan lagi penjagaan hatimu, sayangku.


Habibati,
Aku takut sekali.
Takut sekali dengan fitnah kaum kita; kaum hawa.
Tanpa kau sedari,
Kau sedang menjadi fitnah buat dirinya.
Ya, aku mengerti hatimu.
Hatimu minta dibelai, hatimu meminta perhatian dari orang yang kau cintai.
Tapi, bukan itu caranya.
Bukankah cinta itu lebih manis jika dipendam?
Dan bukankah semua orang mendambakan kemanisan percintaan?

Dan tidakkah kau mengerti,
Kalau yang namanya cinta itu perlukan pengorbanan?
Jika benar, kau mencintainya kerana Allah.
Tinggalkan dia!
Lupakan dia!
Jangan jadi fitnah buatnya!
Jangan jadi peruntuh imannya!
Dan yang paling penting,
Jangan biarkan dia meruntuhkan imanmu yang selama ini ku pandang tinggi.

Sahabatku,
Aku mohon.
Sedarlah, bangkitlah dari lenamu.
Cinta dan pandangan manusia,
Tidak membawa ke mana-mana.
Jangan kau bazirkan masamu, dan kesucian hatimu.
Dengan mencintai dan melayani seorang ajnabi yang belum tentu halal buatmu.

Lupakah kau;
Telah tercatat sepotong nama lelaki di Luh Mahfudzmu?
Sanggupkah kau;
Mengkhianati kesucian cinta buat bakal zaujmu?
Aku mengerti, temanku.
Cinta itu memang fitrah.
Namun, cukuplah sekadar cintamu itu hanya kau dan Dia yang mengerti.
Tak perlu kau uar-uarkan tentang cintamu itu,
Tak perlu kau tampakkan cintamu padanya,
Kerana itu cuma akan merosakkan kesucian hatimu.

Sahabatku,
Kerana aku sayangkan kamu,
Aku inginkan perubahan daripadamu.
Aku sudah cukup kecewa dengan kemurahan kaum hawa era ini,
Dan aku mohon,
Aku mohon agar kamu tidak tergolong dalam golongan itu.

Sayangku,
Jagalah hatimu.
Memang perit untuk memendam perasaan cinta ini,
Aku tahu dan aku sangat mengerti.
Namun, kau harus sentiasa memegang kata-kata ini;
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
Memendam perasaan itu perit,
Namun ganjarannya itu manis.

Ukhtiku,
-Im writing this for you, liLlah.

Friday, June 10, 2011

Muhasabah Masa Silamku~

Assalamualaikum semua~ =) InsyaAllah hari ni ana nak share-kan sebuah monolog seorang hamba yang sedang mencari keredhaan Ilahi di mana monolognya ini seolah-olah benar-benar menggambarkan kehidupan ana yang dahulu dan kini.[syukran ukhti] Namun, ada sedikit perubahan yang ana ubahkan dalam monolog ini. Ya Allah, aku mohon; Redhalah dengan perubahanku ini & ampunkanlah dosa silamku~


Bismillahirrahmanirrahim~

Dengan namaMu yaRabb, aku memulakan tulisanku ini, dengan penuh kerendahan, ku memohon agar Kau memelihara tulisanku ini agar jauh dari fitnah dan segala maksiat.



Kata-kata yang memberi hikmah kepada diri~
Teringat kata seorang abang senior, ketika disekolah dulu, yang saya cukup respect atas peribadi dan kepetahannya berbicara. Katanya, dalam hidup kita ni, tak boleh juga hanya terus ke depan, sesekali harus memandang ke belakang untuk membuat muhasabah, untuk belajar dari kesilapan yang lepas-lepas. Jadi, beberapa hari ni, alhamdulillah, saya kembali muhasabah, tentang apa yang pernah terjadi dalam hidup saya, sampai saya boleh berjalan terus kehadapan sehingga kini.

Bermulanya dahulu~

Sebenarnya, nak bawa kembali ingatan kepada zaman mula-mula saya berinternet dulu. Bagaimana saya mula terjebak ke arah it ni? Hakikatnya diri saya yang dahulunya sangat buta it. Tak tahu apa itu internet, apatah lagi myspace blog dan sebagainya.Desktop yang berada dirumah pun, saya takut nak usik, takut rosak. Namun, akhirnya saya tetap terjebak dengan perkara-perkara yang cukup hina bagi saya kini. Tidak dapat tidak ditolak sangkalan, bahawasanya yang membawa saya menjerumus ke alam ini adalah kawan-kawan sekelas. Waktu saya berada di pertengahan darjah 6. Kawan-kawan sekelas saya pula, sibuk dengan friendster dan myspace. Masih ingat lagi saya, hampir setiap hari kawan-kawan bercerita tentang bestnya ber'frienster' dan ber'myspace'. Dan saya sangat-sangatlah teruja mendengarkannya.

Akhirnya hati tergugat juga untuk membuat akaun laman sosial berikut. Hati saya sering kali sebak bila teringat dengan kisah dulu. Jahilnya saya dalam dunia IT. Bukan saya sedih sebab saya jahil menggunakan friendster atau myspace dulu, tapi saya sedih kerana saya tak mampu pertahankan maruah agama saya, maruah diri saya sebagai seorang muslimah. Dulu saya lihat, ramai kawan-kawan seangkatan dan malahan senior-senior saya, menggunakan dunia alam maya ini tanpa had. Gambar merata-rata tempat, dan tak terbatas hubungan antara laki perempuan. Pendek kata ikhtilat berlaku masa tu. Dan dengan kelamahan iman dan jiwa, saya turut terjebak kearah itu, dengan menggunakan dakwah sebagai platform, dakwah sebagai alasan untuk berhubungan antara laki dan perempuan. Padahal diri pun belum cukup sempurna, dan saya teguhkan alasan saya itu dengan kata 'aslih nafsak wad'u ghairak'.


Kerana fitnah wanita itu~

Dulu-dulu, saya banyak mengumpulkan kata-kata hikmah/ulama' didalam laman-laman sosial saya. Saya juga meletakkan gambar-gambar saya, kawan-kawan dan juga family, dan pastinya gambar itu menunjukkan seorang muslimah yang teguh pada pakaiannya. Dan saya tahu, dengan kedua-dua sebab itu, dan ditambah dengan sebab saya bersekolah agama, ramai yang tertarik. Tak terlepas juga lelaki. Itu yang saya kecewa hingga kini. Mereka juga memberi alasan kerana melihat 'kesolehan', mereka mahu belajar dari saya. Padahal kaum sejenis kita diseluruh dunia ini pun belum habis kita dakwah, dan belum habis kita cari untuk belajar~ aduhai manusia..suka memberi alasan... yang dilarang itulah yang paling nikmat untuk dilakukan.. susahnya nak taat!~
kata malaikat saya: tak susah mana pun, kalau kau bina kecintaanmu kepada Tuhanmu, dengan setinggi-tinggi kecintaan. Seperti kau mencintai jejaka yang kau sayangi, apa pun kau sanggup berkorban.
*dan dengan cara itulah aku akan membina kecintaan itu~*

 

Berubah/berhijrah~

Semakin dekat saya ke penghujung 2010, saya cuba lakukan perubahan, tapi kadang-kadang terjatuh juga. Kerana kasihan melihat kawan-kawan yang mencari dan tercari-cari saya. Tapi jika kasihan melihat mereka, sepatutnya saya harus terus berubah, agar saya boleh mengubah mereka juga. Akhirnya saya mengambil keputusan memutuskan terus perhubungan. Seperti yang dinyatakan di dalam post itu, saya membuang semua laman sosial yang saya bina dulu. Agar saya mampu tenang di dalam perubahan ini. Alhamdulillah, dan kini saya mampu untuk terus dan terus dan lebih meningkat dalam melakukan perubahan.

Tapi kadang-kadang, saya ada juga membuka YM, dan laman sosial dahulu, melihat perubahan yang berlaku juga atas diri teman-teman yang lain. Dan tiap kali itu juga, jiwa saya rasa sakit, jiwa saya tangis. Ntahlah, tak tahu knapa. Masih ada lagi yang meneruskan perbuatan-perbuatan sedemikian, walaupun sudah kerap kali laman-laman web yang mantap penyebarannya seperti iluvislam, langitillahi.com, saifulislam.com, halaqah.net, gentar-rasa.com dan sebagainya, menyatakan penyalahgunaan mukmin dan mukminat didalam laman-laman sosial kini. Apakah tak terkesan kita? Allahu 'alam~ Allah saja yang mampu beri hidayah kepada siapa yang hanya Dia mahu. Yang penting terus berdoa.


Yang ditarbiyah harus menjalankan tarbiyah itu~

Kata murobbi saya, ketika saya bertanya tentang masalah yang saya fikirkan, tentang seorang yang menolak hidayah/tarbiyah. Contohnya seorang itu hakikatnya duduk bersama-sama didalam tarbiyah bersama kita. Walaupun dia tahu hukum hakam yang mengharamkan sesuatu perbuatan itu, dia tetap melakukan. Apa agaknya kita nak buat? Ana tak tau kalau benda ni terjadi pada antum, akankah terbeban dalam fikiran antum tentang masalah ini. Tapi bagi ana ia sangat-sangat membebankan, sehingga susah lena malam dibuatnya~

Waktu saya tanya kepada seorang teman, dia memberi analogi tentang keretapi. Katanya;

dakwah ni ibarat keretapi yang bergerak. Kalau kamu berhenti di suatu stesyen bersama temanmu, lalu kertapi itu mahu berjalan, kamu memanggil kawanmu itu untuk naik kertapi meneruskan perjalan, jika dia tak mahu naik, apa yang akan kamu buat? ada dua pilihan, samada kamu terus meneruskan perjalanan ataupun kamu juga tertinggal distesyen itu.

Pada mulanya, saya memang ingat nak tinggalkan saja. Tapi, disebabkan saya sayang kawan saya, saya mahu kami bersama-sama kesyurga, jadi saya bertanya kepada murobbi, mas'ul usrah saya.




Allah maha berkuasa atas segalanya~
Maka terjawablah sudah begini;~
Allah nak beri hidayah itu, kepada sesiapa yang Dia nak. Allah menggantikan kita sebagai perantaan untuk mereka menrima tarbiyah dan hidayah. Seseorang itu mempunyai kunci tersendiri. Itu adalah usaha kita sendiri untuk mencari kuncinya. ya! pada masa tu, teguh dijiwa saya untuk mencari kunci itu. Di samping berdoa kepadaNya, agar dia memelihara ikatan kami, menjaga kami dari bisikan-bisikan syaithan dan terus menerus memberi hidayahNya yang benar. Amin~ Alhamdulillah, terlaksana sudah tanggungjawab saya kini.

Kerana aku lah wanita, mahu sempurna status muslimah~

Sehingga kini, kawan-kawan yang bersosial bersama saya dahulu, samada di ym, myspace, facebook, masih lagi tercari-cari saya. Mohon maaf dipinta. Dan ramainya dikalangan lelaki. Maaf sekali, saya tidak mahu menjatuhkan kalian. Kerana kalian pemimpin kami kelak. Saya mahu kalian serius dalam hidup dan serius dalam perjuangan kalian, agar dunia islam yang kita rindu-rindukan akhirnya menjadi kenyataan didalam tangan generasi kita. Saya tak mahu anda-anda jatuh ibarat monyet yang hanya terpukul dengan angin yang lembut...
Berhubunglah apabila ia benar-benar perlu. Jangan cari saya dan teman-teman wanita yang lain kalau tiada asbab yang perlu, sebab wanita tu kan berhati lembut, mudah jatuh dengan dugaan itu. Syaithan pula tetap berada di sekeliling kita, jangan kita tertipu dengan racun bisanya,  Moga Allah ganjari mujahadah kita!


Rancangan zionis laknatullah~
Suatu saat, ada seorang ustaz menceritakan, yang bahawasanya zionis dan sekutunya membuat kajian dan sudah mendapat jawapan, bahawa yang akan menjatuhkan pemuda islam yang tegar adalah wanita islam itu sendiri. Mereka sangat membencikan pemuda pemudi islam yang tegar di medan ini. Jadi mereka bercadang untuk menghancurkannya. dan kini telah terbukti, seperti yang saya kata tadi, muslim dan muslimah banyak salah gaya menggunakan facebook. Pihak zionis ini tahu, yang wanita ni, semamngnya sukakan menunjuk-nunjukkan kecantikannya. Maka mereka menggunakan kecanggihan IT ini untuk muslimah menunjukkan kecantikan mereka. Mereka berpakaian serba muslimah, ada yang berpurdah lagi  tapi hakikatnya, mereka tidak simpan malu, lalu meletakkan segalnya di laman sosial, yang boleh di akses tak kira muslimin atau muslimat, yang mahram ataupun tidak.

Dan seperti yang kita tahu, lelaki tidak kira la pemuda biasa, ataupun ustaz, ataupun tok haji sekali pun, pasti tertarik dengannya. Buktinya telah saya lihat, di laman sosial sendiri pun, saya boleh ambil pengajaran dengan mengakses beberapa facebook rakan-rakan yang lain. Yang wanita pula, sangat suka di puji. Kalau tak percaya, silakan minta diorang buang semua gambar-gambar tersebut, pastinya tak mahu, malah ada hujjah-hujjah sendiri. Sewaktu ni, bagi saya, harus mengetepikan alasan itu, kerana kekuatan pemuda islam itu di tangan kita sendiri.


Ikhtilat lagi~

Dan satu lagi, tentang masalah ikhtilat. Ikhtilat yang tak terbatas. walaupun di blog-blog islami, saya kini mula rasa tidak suka *alhamdulillah, Allah mula mencampakkan kebencian pada jahiliyah di sekeliling* dengan ikhtilat yang berlaku. Seperti yang berlaku pada saya dahulu, mereka menggunakan dakwah sebagai alasan. Hei jahiliyyah, tolong pergi main jauh-jauh dari aku dan teman-temanku!


Mafhum sepotong hadis Baginda;
"Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaan) dan jika dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidah dan jika dia juga tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman. "

Mencegah dengan iman; perlu membenci perbuatan itu~

Dengan berbekalkan kebencian yang saya ada, saya hanya mahu berdoa, agar Allah meneguhkan hati saya untuk terus berada di dalam perubahan ini, dan meningkatkan diri saya ke arah yang lebih baik, serta berdoa agar manusia-manusia di sekeliling saya, terus menerus memahami islam dengan sebenar-benar hakikat. Moga Allah memudahkan segalanya~


~syukran jazillan kathiran for all my dear khazinatulasrar's, indeed i'll never forget that moments~ uhibbukunna hubban jamma ^__^

Sunday, June 5, 2011

When Time Changes Us; The Word WE had broken into YOU and ME.













































Im really losing faith with people around me.
I guess, time had really changed us a lot.
I lost the word WE that once we use to describe us.
Cause now, everything turns to be YOU is YOU and ME is ME.
Indeed, we are getting apart.
Don't you realize it?
Or is it just that im the actually one who's being away?
Well, a very big distance had occurs between us.
And don't worry,
I fully blame this on me.
As I don't know where am I in your eyes'.
Or, maybe I just don't belong to be in one of them'.
And as time changed this, Im very sure time will turn it back to its normal.
Im leaving this matter to Him.
Cause I know, He knows best.
Anyway,
I miss you all, the old you guys and the old us.
Im sorry, I just really miss.

Thursday, June 2, 2011

#Muhasabah.

Constantly thinking about someone is a sign of true love - so how often do those who claim to love Allah remember Him?
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Jadikanlah Al-Quran itu surat cintamu,
Jadikanlah solat itu penghubung dengan Tuhanmu,
Jadikanlah zikir itu kerinduanmu,
Dan jadikanlah mati itu pertemuan pertama dengan kekasihmu~ =)
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Muhasabah; sejauh mana makna lafaz cinta kita kepada Sang Khaliq.

**Peringatan ini khususnya buat ana~ 

Ya Rabbuna, ampunkanlah kami andai ada di antara kalam-kalam kami yang menyeru manusia ke arahMu itu tidak kami laksanakan terlebih dahulu. Ampunkanlah kami andai sepanjang kami diberi peluang olehMu untuk bergelar khalifah di muka bumiMu ini, kami berlaku sombong dan kami lupa kepadaMu. Zahirnya, kami mengatakan kami cinta kepada Mu, kami bangga melaung 'sami'na wa atho'na' sedangkan batin kami tidak seiring dengan zahir yang terlihat. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah~ 

Ya Rasulullah, [sollallahu'alaihiwassalam] maafkanlah umatmu ini yang semakin melupakan amanatmu. Maafkanlah kami andai kami tidak ingin dan tidak mampu untuk menyambung perjuanganmu dalam dakwah menyebarkan keindahan Islam ke serata dunia. Maafkanlah kami andai kami tidak dapat mengingatimu sepertimana engkau mengingati kami sewaktu hayatmu dan sehingga ke detik-detik terakhir hidupmu, wahai qudwah hasanah~ Semoga hati-hati kami dipegang olehNya agar dapat menyambung perjuanganmu, dapat mengikuti sunnahmu dan dapat mengingatimu dalam setiap langkah kami.

Ya Allah, kami mohon. Dengarkanlah rintihan qalbu kami ini. Peganglah hati kami untuk selama-lamanya, ya Rabbi. Dan golongkanlah kami di antara golongan hamba-hambaMu yang akan mendapat syafaat daripadaMu dan daripada qudwah hasanah kami; Rasulullah S.A.W.

Amin, amin ya Rabbal 'alamin~