Wednesday, December 29, 2010

Untuk AWAK.

Salam ukhwah visitors blog ITI sekalian! Semoga antum semua berada dlm kerahmatanNya senantiasa =) Teheee, first of all, penulis harap memang tak kan ada orang yang terasa dengan post ini okay? Sebabnya, maybe lah post ni agak sensitif untuk dibicarakan bagi sesetengah orang. Tapi, atas dasar ukhwahfillah yg terjalin sesama kita, penulis nak sangat tengok korang terkesan & renungkan. Sekadar untuk renungan bersama & of course, penulis harap right after korang baca post ni, Allah akan curahkan nur hidayah ke dalam hati korang utk berubah. Bukan apa its just because everyone is forgetting about ikhtilat. Ikhtilat yang sepatutnya sgt dititikberatkan tapi sekarang sudah semakin dilupakan dan dianggap remeh temeh. Wake up ukht! Wake up akhi! Jangan gunakan alasan AKHIR ZAMAN untuk mengaburi semua ni. So, take this chance. Open your heart, read and think about it! (^^,)

saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak??

saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..saya lupa Tuhan..takut la...

betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak...saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa...

awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..

awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama...lepas ni, kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc, mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??

saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..

awak..saya tahu saya xbaik....banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn...sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..tp mungkin saya lalai gak nanati..syaitan selalu ada dgn saya..suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..untuk hidup dgn awak.

saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak, utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu. tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti..


awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak..

awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..♥♥♥



The end ^^ So, apa yg korang rasa? Dalam banyak banyak ISI kat dalam ni, ada tak yang korang pernah/sedang/akan buat? Nauzubillahhiminzalik. 

Ukht ukht yg ku sayangi sekalian, masihkah kalian ingat pada sabda Rasulullah bahawasenya TIDAK ADA FITNAH YG LEBIH BESAR SELEPAS KEWAFATANKU TERHADAP KAUM MUSLIMIN SELAIN DARIPADA FITNAH WANITA? Jadi kenapa harus kalian calonkan diri kalian dalam kelompok itu? sedihh jugak sbb mungkin penulis pun tak berapa perfect untuk buat post ni. Tapi, penulis pun taknak mujahadah sorang sorang. I want you, UKHT out there to together mujahadah with me. And yes, thats what da'wah for :) Kenapa nak jadi mutiara yang terdedah pada perhatian umum yang jatuh nilainya kalau kita boleh menjadi mutiara yang bersinar gemilang jauh di dasar lautan? Ukhti, jikalau kita diciptakan menjadi sekuntum bunga, Sudah tentu kita ingin menjadi bunga mawar yang mempunyai syauqah (duri). Dari kejauhan sudah bersinar gemerlap keindahan bersama gemersik aroma yang harum mewangi. Sentiasa menjadi anganangan setiap kumbang meskipun gentar dan sukar untuk didekati.

Take care of your ownself intan permata sekalian! :) Jadikan segala yang sememangnya berhak ke atas seorang insan yg bernama SUAMI itu terpelihara. 
- Dan ingatlah, penulis sentiasa mendoakan kalian (^^,)

Tuesday, December 28, 2010

Sakit. Nikmat Atau Musibah?

Kes Pertama ; Hari itu saya demam, tapi saya gagahi juga untuk ke kelas. Biasalah orang demam, mestilah senyap. Tapi, seorang kawan berkata, ‘Demam ye?banyak dosa la tu’.

Kes Kedua ; Menurut cerita abang saya, Semasa abg saya bersolat jumaat di sebuah masjid, selipar seorang sahabat dia telah hilang. Diorang pun sibuklah mencari seliparnya. Tanpa sedar, diorang diperhatikan oleh seorang pakcik lalu dengan selamba dia berkata, ’Hilang selipar ye? ni mesti sebab tak bayar zakat’.

Banyak lagi kejadian yang serupa, tapi cukuplah 2 contoh itu. Sikap manusia,sentiasa terburu-buru. Seringkali mulut yang ini bercakap tanpa ditimbang oleh rasional akal. Saya tak faham apa rasionalnya mengaitkan antara demam dengan banyak dosa dan apa logiknya selipar hilang dengan tak bayar zakat.

Sabar Orang Sakit

Benar, memang ada hadis menceritakan- Tidak akan ada satu orang, yang sekiranya pada malam harinya dia sakit lalu dia bersabar dengan sakitnya itu kecuali Allah akan mengampunkan dosa-dosanya. Hadis ini kerap didengari dan diulang-ulang. Tapi, sesekali tidak ia menyatakan tentang berapa banyak dosa kita.

Mengaitkan sakit dangan kafarah (penghapusan) dosa itu ada benarnya. Namun mengaitkan sakit dengan dosa, sangatlah pelik! Apakah hanya orang yg berdosa yg sakit? Ketahuilah, Firaun pun tidak pernah sakit seumur hidupnya. Kerana itu, dia berani mengaku sebagai tuhan. Manusia yang banyak dosa macam dia, tak ditimpa sakit pun?

Atau mungkin kita fikir sakit hanya untuk orang yang berdosa? Ketahuilah, Rasulullah s.a.w sebelum kewafatannya diserang oleh sakit yang teruk hingga menyebabkan Baginda tidak mampu berdiri memimpin solat. Baginda maksum, tapi tetap sakit.

Maka,pemahaman kita bahawa sakit ialah musibah atau bala adalah kurang tepat.Kerana sesungguhnya sakit itu ialah nikmat daripada Allah. Zahirnya, orang yang terlantar diatas katil pasti tidak akan mampu melangkah kakinya ke pusat hiburan dan tempat maksiat. Sedetik pun dia tidak akan bermimpi untuk buat jahat, kerana dia hanya menginginkan sihat.

Manusia yg sakit akan lebih mengingati Allah! Itu pasti. Hatinya akan mengingati dosa lampaunya, menimbulkan keinsafan, dan taubat. Kalau mati sempat taubat, bukankah itu satu pengakhiran yang membahagiakan?

Sakit itu nikmat! 

Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita seluas langit dan bumi ini, sekiranya kita bersabar diuji dengan sakit. Lihatlah Nabi Ayub a.s, sakitnya yang bertahun-tahun, tidak sesekali menyebabkannya lupa kepada Allah. Sebaliknya, sabarnya itu telah meningkatkan darjatnya hinggalah diiktiraf oleh Allah di dalam Quran sebagai hamba yang penyabar.

Sakit juga satu bentuk peringatan daripada Allah. Di dalam Surah As-Sajadah ayat 21, Allah berfirman bahawa Dia pasti akan menurunkan ‘siksa yang dekat’ di dunia ini sebelum siksaan yang sebenar di akhirat dengan harapan semoga orang fasik dan kafir kembali kepada kebenaran. Betapa Allah menginginkan agar kita terselamat daripada neraka yang pedih.

Orang yang sakit juga akan ‘menikmati’ kasih sayang dan perhatian yang lebih. Hubungan kekeluargaan akan menjadi kembali erat. Hubungan silaturrahim juga akan semakin kuat. Bermaaf-maafan, bertukar-tukar doa dan juga nasihat. Bertepatan dengan satu sabdaan Baginda tentang tanggungjawab seorang muslim terhadap saudara muslimnya yang lain. Salah satunya ialah dengan menziarahi orang sakit.

Seperkara lagi, Doa orang yang sakit ini sangat dimakbulkan. Mungkin orang yang tak berfikir panjang akan kecewa kerana mungkin sudah lama berdoa dan berubat namun tidak juga sembuh. Harus diingat! tidak semestinya doa kita ni Allah jawab di dunia. Mungkin Allah akan beri diakhirat nanti dan itu lebih baik kerana saat itu, kita masing-masing helpless. Harta sudah hilang nilai, yang bernilai cuma amal soleh, tapi amal soleh sangat sedikit! Mudah-mudahan, doa ini akan ‘topup’ pahala kita.

Allah tidak menyusahkan kita

Ujian-ujian untuk kita diberikanNya sesuai dengan kemampuan kita. Saat sakit ini, kita perlu banyakkan taubat, bermuhasabah dan berdoa, supaya kita terselamat daripada neraka. Rasionalnya? Lebih baik terselamat daripada neraka daripada terselamat dari menghidap mati kanser.

Sebabnya?
Bukankah, kalau bukan kerana kanser pun, manusia tetap akan mati?
Lebih utama, takutkan neraka. Bukan takut diserang kanser.

Kesimpulan

Sementara diri tengah sihat, tidakkah diri rasa terpanggilkah untuk beramal?

P/S : Jangan salah faham. Artikel ini bukan membicarakan tentang ‘perlu sakit’ sebaliknya ia lebih kepada ‘jambangan bunga’ kepada orang sakit. Dan harus diingat, kita wajib menjaga kesihatan.

Monday, December 27, 2010

Ahad Ahad Ahad!

“Hoi si hitam! Bodoh sungguh kau! Aku tahu engkau telah mengikut agama yang dibawa oleh Muhammad. Aku mahu kau keluar dari agama itu!”

“Tidak! Walaupun kau ialah tuan aku, kau hanya berhak keatas jasad dan kudrat aku sahaja. Kau sesekali tiada hak atas pegangan hatiku ini !”

“Apakah kau telah dirasuki syaitan Muhammad hingga kau sanggup keluar daripada agama nenek moyang kita?! Keluarlah kau dari agama Muhammad, jika tidak kau akan aku siksa dengan siksaan yang amat berat!”

‘Tidak! Jika aku terpaksa mati pun, aku takkan meninggalkan agamaku ini!

Bilal Bin Rabah r.a ialah seorang hamba kpd Umayyah bin Khalaf. Apabila Bilal r.a telah masuk islam, Umayyah bin Khalaf sangat marah dan dia telah menyiksa Bilal r.a dengan sangat teruk sekali.

Bilal r.a telah disiksa dengan siksaan yang kejam. Dia diseret dengan kuda ke sekitar kota Mekah. Dia dipakaikan tali di lehernya dan diperlakukan seperti seekor binatang! Siksaan demi siksaan diberikan oleh tuannya dgn harapan agar Bilal r.a akan kembali kepada agama asalnya mereka iaitu meyembah berhala.

Namun ternyata Bilal r.a seorang yg tabah! Melihatkan keengganannya untuk murtad, Umayyah telah memakaikan Bilal dengan sepasang baju besi. Dia dibaringkan di atas padang pasir yang membakar kepanasan lalu diletakkan batu yang berat ke badannya. Setiap saat, mulutnya menyebut ‘Ahad, Ahad, Ahad‘, Mengisbatkan Allah. 

Mendengarnya, bertambah marahlah Umayyah. Diriwayatkan bahawa ketika disiksa dengan batu itu, kulit Bilal r.a melecur teruk sehingga mengalir keluar lemak-lemaknya sehingga dagingnya melekat pada baju besi itu!

Siksaan itu berterusan sehinggalah dia ditebus oleh Saidina Abu Bakar r.a lalu dimerdekakan. Bilal Bin Rabah r.a terkenal dengan sifat jujur, soleh dan rendah hatinya. Walaupun rupanya hodoh dan hitam legam, beliau telah dimuliakan oleh Baginda Rasulullah dgn melantiknya sebagai muadzzin setiak kali masuk waktu solat. Bilal Bin Rabah r.a wafat pada usia 60 tahun,pada tahun 20hijrah. Beliau dimakamkan di Damsyik.
***

Sebenarnya, kisah para sahabat r.a ini bukanlah sekadar untuk diceritakan di kedai kopi, dimuatkan ke dlam buku sejarah atau diceritakan kepada anak kecil sebagai hiburan sebelum tidur. Tidak! Bahkan cerita-cerita mereka inilah pembakar semangat bagi jiwa-jiwa yang kering, ketandusan tarbiyyah dan mujahadah.

Kini,masih ramai yg ditindih atas dada dan mengucapkan ‘ahad’, tapi mereka bukan ditindih batu sebaliknya ditindih bantal. Kalimah ‘Ahad’ bukannya merujuk kepada Allah sebaliknya merujuk kepada hari ahad. Ya. Ramai yang terlepas solat subuh kerana hari Ahad boleh bangun lambat, cuti!
Jauhnya iman kita dengan iman para sahabat. LETS MUJAHADAH (^^,)

Sunday, December 26, 2010

Kita bukan hipokrit!

“Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik la weyh!”

“Eh, sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!”


“Kau ingat kau baik sgt ke ada blog yg kononnya islamic ha? kau ingt kau baguss lah?!”

Sakit telinga mendengar. Sakit lagi dalam hati. Kerana itu, ramai yang tersungkur. Hasrat mahu berubah, terkubur hanya kerana ‘suara keldai’ ini. Inilah cabaran orang yang mahu berubah. Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini.


Persoalan saya,
 adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit?
 
Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani.Maka, izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.
 
Janganlah berhenti

 
Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar ‘bulat’ hatinya untuk mencari wajah-Nya.


Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti 
tangga. Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi. Kemudian, satu lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.

Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label 
munafik atau hipokrit yang diberikan orang. Tuduhan yang tersangat salah!
********
Saya tertarik dengan satu hadis.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis” 
- Hadis riwayat At-Tabrani.

Saya paling tertarik dengan perkataan ‘buat-buatlah menangis’. Bukankah pada zahirnya, ‘buat-buat’ tu bererti berlakon? Adakah kita mahu menipu Allah?


Tidak. Sama sekali tidak. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia. Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku.

Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan ‘mesti menangis’, sebaliknya Allah sediakan kita keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.


Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik! Lama kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.


Untuk mencapai kesempurnaan iman, jangan takut mencuba menerima cacian :)


Kesimpulan


Jangan peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah pasti akan suka,jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka. Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?


Selepas ini, jika ada lagi orang kata ‘kau munafik’ maka balaslah, “So what?”

Semoga dpt iktibar! pedulikan apa kata org. Dan berpeganglah pd kata kata ini ; Biar kamu tidak cantik pada mata penduduk muka bumi. Tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit~
 
Tehehhee jazakumullah salam mujahadah! =)

Saturday, December 25, 2010

Cinta Sahabat ~~

Rasulullah (PBUH) ‘s last moments:
“All jannats open widely waiting for you,” Jibril said.

But, in fact, those all did not make Rasulullah relieve, his eyes were still full of worry.

“You are not happy to hear this news?” asked Jibril.

“Tell me about the destiny of my people in future?” Not for a while, Rasulullah uttered a groan because of unbearable pain. He said:

“O ALLAH, how painful is this sakaratul maut. Give me all the pains of my ummah, I’ll take their pain, me O Allah, hurt me! and not my UMMAH...!”
“Ummatii, ummatii, UMMATI!” –
“My people, my people, my people.”
And the life of the noble man ended.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RABIUL AWAL 0010 HIJRAH,

Dari kamar itu, di atas pangkuan Aishah al-Humairah, roh mulia yang dikasihi Allah akhirnya terbang pergi menuju kepada Tuhannya setelah menyempurnakan tugas sebagai utusan Allah dengan penuh ketenangan,penuh kemenangan

Dan para sahabat tidak berdaya lagi membendung kesedihan yang menyelubungi jiwa,yang terlalu mencintai kekasih ALLAH,yang terlalu rindunya akan setiap pertemuan dengan kekasih ALLAH..

Ali terduduk kehibaan…

Uthman bagai anak kecil yang kebingungan didera perpisahan…

Abu Bakar…memeluk erat tubuh kaku baginda Rasul…

Kelu lidah Bilal untuk melaungkan azan…

Sehingga Umar berteriak keras memecah kesunyian

“ Sesiapa yang mengatakan Muhammad sudah wafat akan kupukul dirinya. Demi Allah,Muhammad pasti akan kembali”

Dia terus-menerus berteriak…dengan mata merah berkaca-kaca..mundar-mandir di luar kamar mulia itu..menghunus pedang..aksi yang menambahkan sebak bagi setiap hati yang sedang merundung kehilangan cahaya…


Sehingga..

“Duduklah hai Umar…tenangkan dirimu…” Lalu dengan penuh wibawa Abu Bakar menyambung bicaranya “Barangsiapa menyembah Muhammad ,maka sesungguhnya Muhammad telah wafat…tapi barangsiapa menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu kekal…!!!

“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.Apakah jika dia mati atau terbunuh kalian akan berpatah balik ke belakang?Dan barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur” (Ali-Imran: 144)

Umar jatuh terduduk…berdenting pedang jatuh dari gengaman…dengan linangan air mata…dituruti satu persatu ayat yang diucapkan oleh Abu Bakar…kemudian para sahabat yang lain turut membaca dan mengulang-ngulang ayat tersebut..seolah-olah ia menjadi penawar mujarab kepada luka yang ditinggalkan oleh pemergian baginda Rasul…

Bumi Madinah bermuram durja dan ia adalah tempoh kabung yang sangat lama. Bilal meminta izin untuk membawa diri jauh dari Kota Cahaya,alasannya kerana tidak tertahan menanggung kerinduan. Setiap jengkal tanah kota itu memberi kenangan abadi bersama Rasulullah. Sehingga ketika Umar menjadi Khalifah, diutusnya Bilal agar segera kembali lagi ke Madinah… 

 “Pulanglah sahabatku Bilal…jasad baginda pasti merindui lantunan suaramu melaungkan azan…dan kami juga tidak tertahan dengan siksaan kenangan itu…pasti dikau masih ingat…bagaimana ketika baginda Ar-Rasul keletihan dengan tugasan dakwah dan jihad….lantas Yang Mulia..akan meminta darimu… Hai Bilal..rehatkan lah kami dengan solat…dan waktu solat itulah benar-benar memberi kerehatan sempurna bagi tubuh lelah baginda…” 

Berderai air mata Bilal membaca warkah dari teman terbaiknya itu lantas segera langkah diatur menuju kembali ke Kota Cahaya…

Penduduk Madinah gempar, suara Bilal bergema gagah memenuhi ke segenap ruang Kota Madinah. Suara yang mengembalikan nostalgia ketika bersama baginda tercinta,penduduk berduyun-duyun menuju ke arah datangnya suara…

Namun suara itu tidak bertahan lama, sebaik tiba di kalimah ‘Wa asyahaduanna muhammadar rasululluah….’ Bilal terhenti panjang……………. Dia menoleh kepada Umar dan perlahan-lahan berkata “Maaf..aku tak berdaya…….” Dan Umar tertunduk memandang ke bumi….kerana dia juga sangat mengerti akan bahasa cinta yang tak mungkin terungkap dengan kata-kata..

 ** Ya Allah, masih adakah lagi kecintaan seperti itu untuk KekasihMu dalam hati ummat islam pada abad ini? Terlalu jauh kita dipisahkan oleh rentang waktu yang luas. Ya Rasulullah, dan di celah-celah jatuh bangunnya peradaban manusia. Kami tanpa sedar merelakan keasyikkan duniawi bertamu di hati sehingga ia menjadi kecintaan yg digila-gilakan manusia sejagat.

Ya Allah, Rahmatilah setiap dari kami dengan keikhlasan untuk benar-benar mentaatiMu dengan sebenar-benar ketaatan dan sampaikanlah salam kerinduan kami kepada Baginda Mulia, Muhammad S.A.W. (T__T)

Insaf Sebentar?

Buat sahabat-sahabat yang saya cinta, artikel ini untuk kalian.

Ukht, thanks for this entry. Insaf, tapi sekejap saja. Huhu :( “
Benarkah wujud istilah ‘insaf sekejap’?
Ya, ia wujud. Ramai sahabat mengadu, bahawa mereka mengalami sindrom insaf sebentar. Sebagai contoh, insaf selepas mendengar tazkirah tapi 10 minit selepas itu, rasa insaf itu lenyap dan dia kembali kepada keadaan asal.

Saya juga tidak terkecuali.
 
Kisah Hanzalah
Saya teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulallah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi’. Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, ‘Hanzalah telah munafik!’.  Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu. Lalu jawab Hanzalah, ” Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w , Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!
Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, “Demi Allah, aku juga begitu”. Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasululah untuk mengadu akan masalah ini. Lalu Rasulallah bersabda, “Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”

Manusia Biasa
Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun. Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil ‘kesal’.
Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat !
Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.


Taubat Yang Berulang
Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulallah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah. Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat. Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali. Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!
Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!


Mahu Kekal
Setiap orang, tempoh ‘sekejap’ mereka adalah berbeza-beza. Ada orang yang ‘insaf sekejap’ nya ialah beberapa hari dan ada juga yang ‘insaf sekejap’ nya cuma beberapa minit. Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?
Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39-
  
فَمَن تَابَ مِن بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ  

Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh. Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan. Ya, harus banyak berdoa!


Kesimpulan
Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya ‘sekejap’ ini tidak akan selamanya sekejap. Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.

Insyaallah =)

Tarbiyah ~ Muliakah?

‘Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?’, bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.

‘Ada sesiapa yang boleh jawab?’

Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. ‘Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah’.

‘Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?’

Terdiam sebentar anak muda itu. ‘Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi’.

Semakin lebar senyum si guru tua itu. ‘Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?’

‘Ana, ustaz’. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. ‘Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman’. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu.

Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.

‘Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebanar?’

‘Mengapa ustaz? Salahkah?’, potong seorang pemuda.

‘Yalah ustaz. Bukankah Rasulullah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulallah juga berdakwah?’, lelaki yang lain pula menambah.

Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.

‘Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulallah juga berdakwah dan Rasulallah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulallah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa’.

Keadaan sepi sebentar.

‘Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa’.

Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu.

‘Taqwa. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwa lah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyyah’

‘Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini?  Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini?’

Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu.
‘Anak-anakku. Apa itu taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus’.

‘Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?’

Mereka menggangguk.

‘Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan’.
‘Antum faham tak maksud ana?’

“Kurang faham…”, hampir serentak anak-anak muda itu menjawab.

‘Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa’.

‘Antum tahu apa tuntutan taqwa?’

‘Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulallah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulallah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak’.

‘Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham’. 

‘Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulullah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan’.

‘Rasulullah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya’.

Subhanallah.

‘Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?’

Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri.

‘Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai ‘tertutup hati’ dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqo’ dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita’.

‘Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu’.

‘Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini’.

Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana ‘terkesan’. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: “Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu…”

 ***********

Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya ‘sekejap ada-sekejap tiada’. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga bukan sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan.

Sebaliknya agama ialah pakaian. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.
Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.

Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani…hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.

Artikel ini untuk diri saya. Agar saya mampu bermuhasabah diri.

Astaghfirullah…
Astaghfirullah…
Astaghfirullah…

Jazakumullah =)